Media salah faham ‘ayat cari makan’

Pengerusi Jawatankuasa Kirai-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin menegaskan ‘ayat cari makan’ yang dikatakan beliau hanya bergurau dan tidak harus dilaporkan.

Kata Hasan, beliau menggunakan ayat tersebut untuk mewujudkan suasana lebih mesra dengan petugas media.

“Pada sidang akhbar PAC hari ini, saya menyediakan makan tengah hari untuk para media dengan tujuan mengeratkan hubungan mesra antara saya selaku Pengerusi PAC bersama dengan para petugas media.

“Saya memaklumkan kepada petugas media bahawa percakapan saya itu mengenai ‘saya pun cari makan’ tidak harus dilaporkan disebabkan ia adalah sekadar gurauan kerana sebelum ini, saya menyatakan buat masa ini tidak perlu untuk memanggil Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Hasan, tindakan beberapa portal media menyiarkan ayat tersebut tidak beretika dan menjejaskan hubungan dengannya dengan petugas media.

Terdahulu, Hasan berkata PAC boleh memanggil ahli perniagaan, Jho Low dalam prosiding mengenai syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, kata Hasan, perkara itu perlu dilakukan mengikut kerangka undang-undang.

Ahli Parlimen Rompin itu juga sekali lagi menegaskan tidak akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam prosiding 1MDB yang akan bermula minggu hadapan.- Rakyat Post

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget