Malaysiakini, The Star Online disiasat polis dan SKMM berhubung artikel

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad (gambar) berkata siasatan itu dibuat susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara pada Selasa lepas.
KUALA LUMPUR: Portal berita, Malaysiakini dan The Star Online, hari ini disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berikutan penyiaran artikel mengenai pertukaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang didapati berunsur fitnah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata siasatan itu dibuat susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara pada Selasa lepas.

"Pegawai itu mendakwa laporan berita berkenaan telah menjejaskan nama baik agensi terbabit (Jabatan Peguam Negara)," katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Zainuddin berkata pihaknya bersama pasukan JSJ Putrajaya dan SKMM telah hadir di kedua-dua pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, kira-kira 6 petang tadi untuk menjalankan siasatan.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung artikel dikeluarkan mereka yang digunakan, seterusnya mengenal pasti pengarang terbabit untuk diambil keterangan," katanya.

-Awani

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget