Lelaki Lepaskan Tembakan Terhadap Anggota Esscom Ditembak Mati


KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditembak mati selepas dia melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang sedang menjalankan operasi di kawasan tumpuan pendatang asing tanpa izin di Lahad Datu pada awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian itu, suspek, Sedino Mas Parit dilapor telah melepaskan tembakan ke arah pasukan Esscom pada pukul 7.15 pagi.

"Anggota kami tidak mempunyai pilihan untuk bertindak balas selain menembak suspek," kata Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun dalam satu kenyataan pada Jumaat.

"Sepucuk pistol jenis .38 dan tiga peluru turut ditemui bersama mangsa," katanya.

Sementara itu, seramai 915 orang telah diperiksa dalam operasi di Perkampungan Sabah Baru dan Epil dari pukul 3 hingga 9 pagi Jumaat.

Daripada jumlah itu, 193 disyaki pendatang asing tanpa izin.

-MStar Online

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget