Lebih baik Pas dan BN bernikah – Guan Eng


SELAYANG: DAP mencadangkan agar parti UMNO dan Pas `bernikah’ ekoran perjuangan kedua-dua parti itu dilihat hampir sama.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai sindiran terhadap kenyataan yang dibuat oleh Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin apabila menyarakan agar Pas bekerjasama dengan UMNO dengan lebih serius.

“Mufti Perlis sebut tidak ada beza Pas dan UMNO. Apa mufti cakap saya setuju. Walaupun tak guna istilah nikah, saya yang guna, tapi macam dia cakap kopiah dan songkok tak ada beza, saya rasa nikah saja.

“Jangan pura-pura. Maka pilihan raya akan datang satu undi Pas sama dengan undi BN. Buat apa sokong Pas. Sokong AMANAH, PKR dan DAP supaya kita boleh bawa perubahan dan selamatkan ekonomi negara,” katanya semasa berucap merasmikan pusat khidmat wakil rakyat DAP, Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer di Selayang pada Isnin.

Mengulas lanjut, Guan Eng kesal dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh kerajaan pimpinan DAP menghalalkan judi dan arak kepada orang Islam.

“Bila DAP pernah laksanakan arak dan judi atas orang Islam? Ada tak? Tak ada tapi pemimpin utama Pas boleh cakap.

“Ini satu fitnah jahat, bohong macam UMNO dan BN,” katanya.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget