Laporan Akhir 1MDB Oleh Jabatan Audit Negara Siap Hujung Tahun Ini - Pengerusi PAC


Kuala Lumpur - Jabatan Audit Negara dijangka menyiapkan laporan akhir berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hujung tahun ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin , perkara itu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa itu di bangunan Parlimen.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

PAC mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini selepas pelantikan enam anggota baharu termasuk pengerusinya.

PAC akan meneruskan prosiding ke atas 1MDB mengikut kaedah yang dilaksanakan pengerusi terdahulu, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Arul Kanda sebelum ini dilaporkan berkata beliau bersedia untuk menghadiri prosiding PAC dan jawapan beliau menjadi sebahagian daripada rekod awam.

Hasan bagaimanapun berkata tiada keperluan untuk memanggil ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, sebaliknya, akan meletakkannya sebagai personaliti dalam prosiding, dan bukannya saksi.

Beliau juga berkata tiada keperluan untuk anggota PAC mengangkat sumpah simpan rahsia kerana mereka telah mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencadangkan kesemua anggota PAC mengangkat sumpah simpan rahsia supaya segala dokumen dan maklumat dalam jawatankuasa itu kekal rahsia.

Antara agenda yang turut dibincangkan dalam mesyuarat tiga jam itu termasuk penerangan kepada anggota baharu berhubung tugas dan tanggungjawab PAC serta taklimat prosiding dan isu yang tertangguh sebelum ini.

- Berita RTM
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget