Kesihatan makin merosot, Anwar perlukan rawatan sempurna bukan istimewa


KUALA LUMPUR 4 NOV: Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim memerlukan rawatan sempurna ekoran kesihatannya bertambah merosot.

Ketua Penerangan KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ia bagi merawat kesakitan saraf pada bahu kanan dan mungkin pada tengkuknya.
“Yang diminta bukan rawatan istimewa tetapi rawatan sempurna,” kata Syed Ibrahim pada kenyataan.

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa Anwar dibenarkan menerima rawatan istimewa berbanding banduan lain sebagai tidak berasas.

Katanya, keadaan kesihatan Anwar bukan bertambah baik tetapi bertambah merosot. “Tafsiran ‘rawatan istimewa’ yang berbeza dilaporkan kepada Datuk Nur Jazlan.

“Bagi Nur Jazlan fisioterapi sebanyak 10 kali di penjara dalam tempoh 8 bulan mungkin sudah dianggap istimewa sedangkan hakikatnya rawatan berkenaan sangat sedikit dan tanpa kelengkapan yang sempurna seperti di hospital untuk memastikan kesihatan Anwar terjamin.

“Kerajaan perlu bertanggungjawab jika keadaan kesihatan Anwar bertambah buruk,” tegas Syed Ibrahim.

Sementara itu, peguam Anwar, N Surendran berkata, anak guamnya itu perlu diberikan rawatan intensif fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur dua atau tiga minggu sekali susulan gesaan doktor pakar yang merawat beliau.

Jelasnya, sejak Februari sehingga November, Anwar hanya diberikan rawatan 15 kali sahaja.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menyatakan bapanya itu bukan sahaja dinafikan hak rawatan malah haknya berjumpa peguam bagi kes-kes yang dihadapinya turut dihalang. - Keadilan Daily
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget