Keputusan UPSR meningkat, PAS Bintulu rakam ucapan tahniah


1. PAS Kawasan Bintulu dengan sukacita dan berbesar hati ingin merakamkan ucapan tahniah atas peningkatan keputusan UPSR Bhagian Bintulu yang meningkat 0.03% berbanding keputusan tahun lepas. Seramai 127 orang pelajar mendapat semua A dalam UPSR tahun ini. Sudah semestinya semua pihak yang terlibat secara langsung iaitu murid-murid, guru-guru, ibu bapa, pejabat pendidikan berhak untuk diiktiraf atas kejayaan ini. Syabas.

2. TAHNIAH SK AGAMA (MIS) BINTULU
PAS Bintulu begitu berbangga dengan pencapaian SK Agama (MIS) Bintulu yang telah mendapat kedudukan kedua terbaik GPS dalam kalangan SK Agama peringkat kebangsaan. Hal ini membuktikan bahawa anak-anak Bintulu mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Pencapaian ini juga perlu dijadikan sebagai penanda aras yang baik bahawa sudah sampai masanya Bintulu menerima sebuah sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) seperti yang sudah ada di bahagian lain seperti Kuching, Saratok, Sibu, Igan, Miri dan Limbang. Apa kurangnya Bintulu ini yang menyebabkan sampai sekarang belum lagi ada usaha ke arah itu?

3. TAHNIAH SK KIDURONG, SK ST.ANTHONY & SK AGAMA
PAS Bintulu turut merakamkan penghargaan atas pencapaian 3 buah sekolah ini yang telah tersenarai dalam 17 buah sekolah rendah Negeri Sarawak kerana menghasilkan lebih 20 orang pelajar yang mendapat semua A dalam UPSR tahun ini. Merekalah permata harapan Bintulu yang perlu terus digilap.

4. TAHNIAH SK. SG STULAN
SK SG. Stulan juga perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya kerana telah mendapat GPS 1.2 sekaligus mencapai 100% kelulusan dalam UPSR tahun ini. Pencapaian sekolah rendah yang terletak dalam DUN Jepak ini sememangnya amat wajar diberi penghargaan yang setimpal. Hal ini menuntut semua agar membuka mata dan terus membantu sekolah serta para pelajar luar bandar supaya terus maju.

5. USAH BERPUAS HATI
Di sebalik kejayaan yang disebutkan di atas, realitinya pencapaian Daerah Bintulu di peringkat negeri masih jauh berbanding bandar-bandar utama yang lain. Dalam UPSR tahun ini, Daerah Bintulu hanya menduduki ranking ke 25 daripada seluruh daerah di negeri Sarawak. Malahan, ranking Daerah Sebauh juga lebih baik berbanding Bintulu. Maka, PAS Bintulu menyeru semua agar terus berusaha meningkatkan pencapaian pendidikan di Bintulu ini. Jangan biarkan pembangunan pesat dan pertumbuhan industri di Bintulu menyebabkan perkembangan pendidikan dikesampingkan.

Ayuh terus berusaha, Mansang Bintulu!!

Haji Kiprawi Bin Aman
Ketua Penerangan PAS Bintulu

-SarawakLIVE

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget