Menurut Abu Bakar juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Blok D Kampung Datu Lama, beliau tidak pernah terfikir akan merasai detik bermakna seperti itu dalam hidupnya.
“Hari ini, saya sekeluarga bukan sahaja berpindah ke rumah baharu, malah meraikan hari perkahwinan anak saya.
“Bersyukur kepada Allah SWT serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee, Temenggung Wan Hamid Edruce dan semua pemimpin masyarakat yang banyak membantu di penempatan semula Kampung Datu Baru di sini,” katanya sambil ketawa kegembiraan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada ‘Majlis Perasmian Kediaman Baru’ untuk penduduk kampung daripada Blok D di Kampung Datu Lama berpindah masuk ke Kampung Datu Baru, baru-baru ini.
Majlis perasmiannya telah disempurna oleh tetamu kehormat iaitu Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce.
Abu Bakar menjelaskan, Blok D Kampung Datu Lama terletak berdekatan dengan bangunan Hotel Paramount yang tidak terjejas semasa kejadian kebakaran Kampung Datu Lama dahulu.
“Keputusan untuk berpindah ke Kampung Datu Baru dari Kampung Datu Lama merupakan keputusan tepat.
“Ia adalah satu keputusan baik kerana melibatkan kepentingan seluruh ahli keluarga yang ingin memiliki masa depan lebih baik.
“Saya percaya kita semua ingin mencari kehidupan lebih selesa untuk keluarga. Jadi, sekaranglah waktunya berbuat demikian.
“Kita harus rebut peluang yang ada supaya anak cucu kita akan merasai hidup yang selesa seperti hari ini,” tegasnya.
Abu Bakar memberitahu, sebelum ini keluarganya telah berpuluh tahun tinggal di rumah kayu di Kampung Datu Lama.
“Di rumah baharu pada hari ini, ianya jauh lebih baik dan bukan kerana ia konkrit semata-mata, tetapi mengenai keselamatan berbanding rumah lama kami yang terletak di tepi sungai.
“Oleh itu, kini saya tidak perlu merasa bimbang setiap masa memikirkan keselamatan anak cucu saya kerana tinggal berdekatan dengan air,” katanya.
Abu Bakar dan keluarganya kini tinggal di rumah jenis C di kediamannya di sini.-Utusan Borneo
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.