Kamalanathan: Bukan bagi Islamkan pelajar Dayak


Timbalan Menteri Pelajaran, P Kamalanathan mengakui beliau tidak menahu mengenai pemindahan kontroversi seorang ustaz Kelantan bagi menerajui sebuah sekolah menengah yang majoriti pelajarnya adalah keturunan Dayak di Sarawak.

"Saya hanya dengar mengenainya daripada anda sekarang. Biar saya periksa sebab sebenar di sebalik pemindahan itu," katanya kepada wartawan pada majlis rumah terbuka MIC sempena Deepavali di Batu Caves, hari ini,

Beliau diminta mengulas permintaan ibu bapa SMK Sungai Paoh yang mahu kerajaan menimbang semula pemindahan guru agama itu dari Semenanjung ke Sarikei.

"Jika ia adalah sesuatu yang kita pertimbangkan, kita pasti akan menimbangkan rayuan mereka itu tetapi biarlah saya terlebih dahulu mendapatkan maklumat berhubung apa yang berlaku," katanya.

Beliau bagaimanapun menolak kebimbangan ibu bapa bahawa anak-anak mereka akan diIslamkan secara senyap-senyap.

"Tidak, saya tidak fikir ini yang akan berlaku.

"Kami sentiasa berfikiran terbuka dan selalu ada cara meletakkan sesuatu ke dalam perspektif," katanya.

Ustaz Roslin Che Mood, seorang guru agama, semalam dilaporkan bertugas di sekolah itu.-Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget