Jeffery, Rosman dan Yusof nafi keluar daripada SPDP


BEKENU: Pengerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Cawangan Bekenu Jeffery Isnin bersama Ketua Pergerakan Pemuda Bekenu Rosman Reduan dan Bendahari Cawangan Mohd Yusof semalam menafikan kenyataan bahawa mereka keluar parti itu.

Berita ketiga-tiga mereka antara 24 ahli SPDP didakwa keluar parti seperti disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu bertajuk ‘24 ahli SPDP sebulat suara keluar parti’ adalah tidak benar.

Sebaliknya, ketiga-tiga mereka melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan tersebut yang ternyata bercanggah dengan pendirian mereka dan dianggap membelakangkan mereka.

Jeffery yang ditemui petang kelmarin berkata, beliau terkejut ketika membaca kenyataan tersebut di akhbar terbabit.

“Kami belum pernah menyatakan bahawa kami keluar SPDP, sebaliknya kami hanya mahu dipertimbangkan seperti ahli jawatankuasa cawangan lain iaitu mempunyai program perancangan dan pembangunan parti yang dianjurkan di Bekenu.

“Justeru, saya bersama Rosman dan Yusof mahu membersihkan nama kami dan menjernihkan keadaan supaya perkara tersebut tidak ditimbulkan dan ingin memberitahu bahawa cawangan kami masih kuat dan terus setia menyokong kempimpinan presiden parti, Datuk Seri Tiong King Sing,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Jeffery berharap pihak atasan parti tidak melupakan mereka dalam apa juga perancangan yang diadakan kerana mereka masih kekal bersama SPDP dan menyokong parti itu sepenuhnya.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget