Malaysia Guna Dua Alat Ukur Bacaan IPU Pada 2017 - Wan Junaidi


KUALA LUMPUR: Malaysia akan menggunakan dua alat yang dapat mengukur zarah pada 2.5 mikron atau PM2.5 dan alat pembacaan mengukur habuk halus kurang daripada 10 mikron (PM10) bagi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahun 2017.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penggunaan dua alat itu lebih berkesan dan tepat untuk bacaan IPU serta lebih menyeluruh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian cek daripada penaja untuk Anugerah Hibiscus Perdana Menteri sesi 2014/2015 di sini pada Isnin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Anugerah Hibiscus Perdana Menteri 2014/2015 Tan Sri Mustafa Mansur.

Wan Junaidi berkata selain daripada dua alat bagi bacaan IPU, kementerian turut bercadang untuk menggunakan alat mengukur pencemaran air sungai dan laut pada masa depan.

Wan Junaidi berkata kementerian memberi jaminan bahawa kaedah bacaan IPU yang diguna pakai oleh Malaysia sekarang mengikut standard antarabangsa.

Sementara itu, Mustafa berkata Anugerah Hibiscus Perdana Menteri untuk sesi 2014/2015 menerima tajaan berjumlah RM161,000 daripada 10 syarikat swasta tempatan dan tujuh kerajaan negeri.

Selain itu, sebanyak 54 syarikat daripada semua jenis perniagaan menyertai anugerah berkenaan bagi sesi kali ini, meningkat sebanyak 20 peratus berbanding sesi sebelumnya, katanya.

Bagi penyertaan untuk kategori Kewartawanan Alam Sekitar pula sebanyak 18 penyertaan diterima berbanding tujuh penyertaan diterima sebelum ini, kata Mustafa.

- Malaysian Digest
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget