Hishammuddin dedah IS sasar beberapa pemimpin negara


15 NOV: Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (IS) telah menyenaraikan beberapa pemimpin Malaysia dalam senarai sasaran mereka.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beliau telah menerima laporan mengenai bagaimana kumpulan pengganas menyasarkan beberapa tokoh terkenal di negara ini.

“Saya mengesahkan bahawa IS mahu menyasarkan pemimpin kita termasuk saya sendiri tetapi ia tidak akan menakutkan kita atau menghalang kita daripada memerangi keganasan, bukan sahaja di negara ini tetapi juga di rantau ini.

“Maklumat atau ancaman daripada ISIS telah dibuat sebelum mesyuarat bersama Menteri-Menteri Pertahanan Asean yang diadakan di Langkawi pada Mac di mana semua 10 negara bersetuju untuk berusaha bersama dalam memerangi keganasan,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada media selepas majlis sambutan Deepavali di Taman Sri Lambak, Kluang Johor pada Ahad.-BNBBC

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget