PETALING JAYA: Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Pas ‘buat jahat’ jelas menunjukkan sikap angkuh pemimpin kanan parti itu.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman sebagai maklum balas kepada kenyataan Guan Eng apabila menyatakan bahawa DAP tidak akan keluar daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ekoran mahu menghalang Pas daripada terus bermaharajalela.
“Lim Guan Eng telah menunjukkan sikap kebenciannya apabila menuduh exco-exco Pas di Selangor sebagai ‘buat jahat’kerana berjaya berjuang menaikkan elaun guru-guru KAFA sekolah agama di Selangor kepada RM1,500 bermula tahun 2016.
“Kalau usaha Pas Selangor semenjak 2008 ini dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka rakyat sendiri boleh menilai.
“Apakah Pas Selangor dianggap jahat kerana telah memperkasakan institusi masjid serta memperjuangkan kewujudan Kolej Intergrasi Tahfiz Selangor?,” soalnya menerusi kenyataan pada Ahad.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata, 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas sebelum ini telah bersetuju untuk memberi sokongan penuh kepada calon Senator Dewan Negara yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
“Jika ini juga dianggap jahat oleh Lim Guan Eng, maka kita anggap beliau terlalu angkuh dan sengaja mengundang masalah.
“Kita percaya ramai ahli DAP di Selangor masih rasional dan tidak bersetuju dengan pandangan tersebut,” katanya.-Free Malaysia Today
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.