Gobind gesa Pengerusi PAC letak jawatan


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin digesa meletakkan jawatan ekoran keenganannya memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membantu siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata demikian selepas Hasan menyatakan PAC tidak perlu memanggil Najib untuk siasatan berhubung syarikat pelaburan tempatan yang penuh kontroversi itu.

“Jangalah. Saya juga perlu cari makan,” kata Hasan yang juga Ahli Parlimen Rompin dalam sidang media PAC selepas diasak pemberita mengenai keperluan memanggil Najib untuk disiasat.

Gobind menggambarkan kenyataan Hasan itu memalukan selain menggambarkan Pengerusi PAC tidak bebas.

“Jika ini benar, Pengerusi PAC harus meletakkan jawatan dan ini menunjukkan badan itu tidak bebas,” katanya.-Free Malaysia Today

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget