PKR belum terima surat daripada pemimpin dan ahlinya sertai DAP


KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak setakat semalam masih belum menerima surat rasmi keluar parti daripada beberapa pe-mimpin serta ahli parti itu yang menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Pengerusinya Baru Bian berkata PKR Sarawak juga tidak akan menghalang hasrat kumpulan itu meninggalkan parti dan menyertai parti politik lain sebaliknya menghormati keputusan mereka itu.

“Kami (PKR) berpegang kepada pendirian iaitu dalam politik seseorang itu berhak menyertai mana-mana parti.

“Hak itu tidak seorang pun yang boleh menafikannya dan parti tiada hak membantah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Sarawak di sini semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin serta ahli parti itu yang menyertai DAP sedangkan belum mengemukakan surat rasmi memberitahu hasrat mereka itu.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan berkata tiada gunanya menyekat hasrat kumpulan itu sebaliknya beliau mendoakan yang terbaik kepada mereka bersama DAP.

“Saya mendoakan yang terbaik kepada mereka bersama DAP,” katanya sambil memberitahu perkara itu hanya diketahui menerusi laporan akhbar dan mengakui terkejut dengan tindakan kumpulan itu.

Awal bulan ini, 12 pemim-pin Dayak terdiri daripada pelbagai latar belakang dan ada antara mereka merupakan ahli PKR menyertai DAP.

Mereka ialah Richard Lias, Philip Tero, Paul Raja, Baba Emperan, Ali Basah, Frankie Bedindang, Douglas Alau, David Kalom, Granda Aing, Robert Tella, Edward Agong dan Gabriel Ajan Jok.

Dalam perkembangan lain, Baru berkata beliau amat kecewa dengan kenyataan Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar Isnin lepas dalam satu majlis di Miri mengatakan kerajaan berhak memecat ketua masyarakat yang menyokong pembangkang.

“Sebagai peguam, beliau (Asfia) seharusnya tahu mengenai Perlembagaan Persekutuan, yang memberi jaminan, setiap warganegara Malaysia bebas menyokong mana-mana parti disukainya.

“Bukan hanya residen, pegawai daerah, pemanca, temenggung, penghulu dan ketua kaum tetapi penjawat awam mempunyai hak meng-undi siapa disukai. Ini adalah asas kebebasan awam yang tidak boleh dirampas daripada rakyat negara ini,” ujarnya.

Mengakui beliau bersetuju pegawai daerah dan residen adalah penjawat awam dan mereka bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar kerajaan namun mempunyai hak berperlembagaan untuk mengundi.

Bagaimanapun katanya, ketua masyarakat secara tradisionalnya dilantik oleh penduduk kampung atau rumah panjang berdasarkan kredibiliti, kejujuran, kebolehan memimpin dan pengetahuan mengenai adat serta budaya masyarakat diwakilinya.

“Kerajaan telah menghapuskan peranan tradisional ketua kaum apabila ia meluluskan Ordinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum 2004 untuk memberi kuasa kepada kerajaan melantik ketua masyarakat.

Mereka (kerajaan) merampas hak rakyat untuk memilih ketua kaum atau ketua mereka,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget