DAP ‘kambing hitamkan’ PAS punca gagal undian tolak Bajet 2016


17 NOV: DAP menjadikan PAS ‘kambing hitam’ ekoran kegagalan Pakatan Harapan menolak Bajet 2016 selepas undi belah bagian di Dewan Rakyat, semalam.

Parti itu turut mengaitkan kegagalan tersebut kononnya kerana Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya meraih PAS menyokong Perdana Menteri itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menuduh keputusan beberapa ahli parlimen PAS untuk tidak menghadirkan diri dan berkecuali sewaktu pengundian membuktikan parti Islam itu menyokong dasar seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau menempelak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendapat bajet ini baik untuk rakyat.

“Anda (Hadi) tidak boleh menyokong bajet tanpa menyokong GST. Cukai kepenggunaan itu menyebabkan kelembapan ekonomi dan perniagaan terjejas teruk buat masa kini… kerana itulah kami mengundi menentang bajet,” Lim memberitahu pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selasa.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebaliknya memuji tiga ahli parlimen PAS yang disifatkan “berani” menyertai ahli Parlimen Pakatan Harapan mengundi menolak bajet itu.

Semalam, Bajet 2016 diluluskan dengan jumlah pecahan undi rahsia seperti diminta pembangkang dengan 128 undi menyokong berbanding 74 menentang. Usul itu akan dijadualkan untuk pembacaan kali ke-2.

Tiga orang ahli Parlimen PAS menyokong undi menolak bajet ialah Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Ahmad Baihaki Atiqulah (Kubang Kerian) dan Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).

Sebenarnya, jika kesemua 14 ahli parlimen PAS menyokong Pakatan Harapan, pembangkang tetap gagal dengan undi menolak bajet tersebut.

Apakah dengan keseluruhan 88 undi pembangkang dapat menewaskan 128 undi diperolehi penyokong kerajaan?

Amat jelas Guan Eng tahu sifir ini tetapi beliau sengaja mahu menyalahkan PAS kerana dendam parti itu terhadap parti Islam tersebut selepas kerjasama merekap didalam Pakatan Rakyat terkubur.

DAP sengaja menjadikan PAS sebagai ‘kambing hitam’ kerana mahu menutup malu akibat kegagalan mereka menarik 40 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong niat mereka menjatuhkan Najib.

Malah, ahli-ahli parlimen BN menghantar isyarat jelas bahawa mereka tetap bersatu untuk mengagalkan niat buruk Pakatan Harapan mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui undi tersebut.

Apatah lagi, Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berada di dalam Dewan bagi mempertahankan Bajet 2016.

Najib sendiri, sebaik pulang daripada Turkey terus ke Parlimen untuk pengundian dan pagi tadi berangkat ke Manila bagi urusan rasmi.

Jumlah 128 undi itu sekaligus membuktikan Bajet 2016 adalah sesuatu yang baik untuk rakyat ketika negara sedang berdepan masalah ekonomi global yang tidak menentu.

Hanya pembangkang yang tidak dapat menerima realiti tersebut.

Andai mereka mencuba sekali lagi untuk menolak Bajet di peringkat jawatankuasa kelak, tentu ahli-ahli parlimen BN akan sepakat memalukan Pakatan Harapan dengan undian besar seperti semalam.-BNBBC

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget