Dalam hujan lebat, rakyat bertanya: Mana RM2.6 bilion?


NIBONG TEBAL 23 NOV: Sekalipun Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang digantung dari menghadiri sidang Parlimen, rakyat pelbagai lapisan kaum dan agama terus mengaju pertanyaan: ‘Mana RM2.6 bilion?’

“Biar Perdana Menteri tahu, seorang Lim Kit Siang boleh digantung dari Parlimen tetapi ratusan, bahkan ribuan, jutaan rakyat Malaysia akan bangkit sebagai Lim Kit Siang dan bertanya: Najib, mana RM2.6 bilion?” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Beliau berkata demikian pada kempen Solidariti bersama Lim Kit Siang & Mana RM2.6 billion? di sini anjuran DAP Nibong Tebal, Sabtu lalu.

Menganggap kehadiran ramai rakyat merentasi agama, kaum dan aliran politik dalam hujan tidak henti-henti, beliau berkata, tiada pemimpin selain Najib memiliki sejumlah wang itu dalam akaun peribadi masing-masing.

“Tiada pemimpin APEC, ASEAN atau Asia Pasifik ada RM2.6 bilion dalam akaun mereka. Lebih buruk, Najib enggan memberi penjelasan dari mana datangnya wang itu, kepada siapa diberi duit berkenaan?

“Sedangkan Najib sentiasa mencanang komitmennya kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan pentadbiran yang cekap,” katanya.

Kit Siang juga tertanya-tanya bilakan Najib akan bangun di Parlimen untuk mengakui atau membuat penafian bahawa beliau satu-satu pemimpin dalam sejarah 58 tahun Malaysia disiasat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sebagai seorang ‘kleptocrat’.-Roketkini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget