Mengatakan orang lain rasis, dengan melabelkan kelompok tertentu sebagai ektremis rupanya tidak mampu menutup sikap rasis yang berdarah daging dalam diri kita. Inilah yang sedang berlaku di Sarawak.
Sudah beberapa kali sebelum ini tampil beberapa individu dan kumpulan NGO Sarawak yang lantang mempersoal isu Bangsa dan Agama di negeri ini. Yang terbaru berkaitan isu seorang USTAZ dilantik menjadi pengetua di SMK Sungai Paoh, Sarikei yang majoritinya pelajar Dayak.
Tidak ketinggalan wakil dari parti politik turut ‘memanaskan’ isu tersebut; mungkin atas dasar mengambil kesempatan meraih sokongan.
Objektifnya ialah mereka mahu warga tempatan keutamaannya Dayak menjadi pengetua untuk sekolah tersebut.
Antara individu yang menjadi ‘mangsa keadaan’ dalam isu ini ialah pemimpin Islam yang menyokong rayuan kerajaan negeri agar meringankan hukuman ke atas lelaki Dayak-Cina yang menunggu hukuman mati mendatori.
Datuk Fatimah dan Datuk Karim Hamzah dicemuh di media sosial oleh facebookers dayak, berikutan komen mereka yang menjelaskan situasi sebenar bertujuan untuk meredakan keadaan.
Ditengah-tengah kemelut ini, entah dimana ‘ghaibnya’ suara pemimpin Dayak, ahli politik Dayak mahupun NGO Dayak, malah tokoh Facebook Dayak seperti John Brian atau Leslie Kalom yang sebelum ini lantang berbicara soal kebajikan serta perihal hak Dayak dan Cina dimuka bumi ini tiba-tiba menyepi dalam kerandut sendiri.
Berbeza dengan pemimpin yang beragama Islam di Sarawak, yang kelihatan begitu giat dengan inisiatif untuk membantu Kho Jabing dan keluarga seupaya yang mungkin.
Kemana perginya mereka yang sebelum ini yang lantang memperjuangkan hak kaum Dayak dan kelangsungan politik Cina di Sarawak?
Rupanya tokoh-tokoh Dayak ini hanya sanggup berdemonstrasi jika isu melibatkan kelangsungan politik cina atau demi menegakkan agenda peribadi keluarga Anwar Ibrahim?-Sarawak Today
Post a Comment