Adenan tidak sekat PBS masuk Sarawak


KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem tidak menyekat Parti Bersatu Sabah (PBS) mengembangkan sayap ke Sarawak.

Bagaimanapun, jelas beliau penerimaan terhadap parti itu adalah bergantung kepada rakyat negeri ini.

“Mereka (PBS) bebas untuk berbuat demikian jika mereka mahu dan bercita-cita tinggi.

“Tetapi saya rasa mereka akan menumpukan kepada Semenanjung dan tidak akan begitu ketara di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan Sidang Kedua Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Ke-19 di sini, semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini dilaporkan berkata PBS boleh mengembangkan keanggotaan parti ke Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Jelas beliau, ia susulan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan permintaan PBS itu berkuat kuasa 3 November lepas.

Pada masa sama, Adenan yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak menyifatkan kemasukan PBS akan menambah kekeliruan dari segi bilangan parti politik yang begitu banyak di negeri ini.

“Bagi saya, parti politik yang ada di negeri ini sudah mencukupi,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

blogger
facebook

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget