Sindiket pembalakan haram di Bintangor ditumpaskan


KUCHING: Pasukan Penguat kuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya menumpaskan sindiket pembalakan haram berdekatan Bintangor semalam.

Menurut kenyataan akhbar di sini semalam, dalam serbuan di Hulu Sungai Gemuan dekat Bintangor, SFC berjaya merampas 85 batang balak haram mempunyai isi padu 20 meter padu selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Pada pemeriksaan pertamanya, penguat kuasa gagal mengesan pembalakan haram itu namun hasil bantuan dan maklumat serta gambar daripada ‘Google Earth’ berjaya membantu mengesan aktiviti haram itu.

Penggunaan kaedah ini membantu SFC dalam mengesan dan membanteras aktiviti pembalakan haram di negeri ini.

Justeru itu, SFC menggesa orang ramai membantu menyalurkan maklumat mengenai aktiviti pembalakan haram di kawasan masing-masing bagi membanteras aktiviti jenayah tersebut.

Orang ramai boleh menghubungi SFC di talian Kuching (019-8859996), Miri (019-8290994), Bintulu (019-8266096) dan Sibu (019-8290992).-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget