Perkuburan Islam Tanjung Selalo akan dipertahan


SIBU: Pergerakan Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) akan berusaha mempertahankan tanah perkuburan Islam Tanjung Selalo, Sungai Sadit daripada terus diterokai dan dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Unit AWAS Paradom, Sharif Omar memberitahu, tanah perkuburan itu telah wujud sejak zaman pemerintahan Jepun dan mempunyai 100 hingga 150 kubur.

“Tetapi apa yang kita lihat hari ini, hampir keseluruhan batu nisan dicabut mereka yang tidak bertanggungjawab untuk meluas lagi tanaman pokok buah dalam kawasan tanah perkuburan berkenaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas aktiviti Sentuhan Kasih Pada Mu sempena sambutan Hari Raya Korban yang melibatkan aktiviti gotong-royong membersih tanah perkuburan Islam

Tanjung Selalo seluas lebih satu ekar selama tiga hari.

Menurut Sharif, ketika zaman kanak-kanak dahulu, beliau sering mengikuti arwah bapanya menziarahi pusara nenek-moyang mereka di situ.

“Kita memohon badan kerajaan berkaitan mengambil usaha sewajarnya semoga tanah perkuburan ini tidak lenyap begitu sahaja,” jelasnya.

Setiausaha AWAS Pusat, Mohd Junaidi Sambang pula memberitahu, AWAS Pusat akan berusaha mempertahan tapak tersebut dan akan berjumpa dengan pihak berkenaan untuk mendapat khidmat nasihat dan pandangan.

Ini katanya melibatkan kedudukan tapak perkuburan, membina pagar, pondok, pintu gerbang dan tanda nama sebagai langkah untuk memulihara tanah perkuburan tersebut.

“Apa yang kita lihat hari ini, hanya beberapa batu nisan saja yang dijumpai dan kebanyakan tiada mempunyai batu nisan lagi seperti yang dimaklumkan.

“Kita berasa amat kecewa dan kesal dengan apa berlaku. Kita amat berharap pihak berkenaan dapat membantu dan yang paling penting kesungguhan penduduk setempat bersatu hati mempertahankannya dengan apa cara sekali pun,” katanya.

Menurut Junaidi, perkara itu dimaklum kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Dr Annuar Rapa’ee yang menyokong dan sama-sama mencari penyelesaian kepada masalah itu meskipun di luar kawasannya.-Utusan Borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget