Posisi kuasa unik Mawan, satu penghinaan buat BN


FOKUS SARAWAK: Pilihanraya negeri (PRN) Sarawak bakal diadakan tidak lama lagi namun masa depan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) masih samar seperti ketika ia mula ditubuhkan. Maka tidak hairanlah presidennya William Mawan berkata beliau sedang bermimpi.

Anda tidak boleh persalahkan beliau kerana terpaksa mengingatkan dirinya berulang kali agar berdepan dengan kenyataan.

Dengan berkata "Teras adalah parti BN yang dilahirkan di dalam BN", beliau memberi keyakinan kepada diri bahawa itulah realitinya.



Dan hari ini lebih baik berbanding mimpi ngeri yang dialaminya dahulu.

Satu ketika, beliau menjadi nakhoda tetapi kerana apa yang berlaku, beliau terjun sedang anak-anak kapal mula membuat rancangan menggulingnya.

Orang-orang Iban menyamakannya dengan aksi menyelamatkan diri dengan melompat dari rumah panjang kerana ketakutan dan terdesak, sedangkan kita mampu menggunakan tangga.

Apabila hidup menjadi pertaruhan, tangga 20 kaki seakan terlalu panjang dan tindakan melompat dilihat lebih masuk akal.

Jadi Mawan terjun.

Dalam politik, tindakan sedemikian dianggap seperti katak, dan sesiapa yang melakukannya dianggap politikus katak.

Seperti mana politikus katak yang lain, beliau berenang ke tepian dan membina bahtera baru.

Mimpi ngerinya berakhir, dan kini segalanya tampak umpama mimpi dalam mimpi.

Teras bukan lagi ahli BN tetapi ia dilayan sedemikian. Bahkan, hakikatnya ia lebih dilayan istimewa berbanding Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP), yang juga bahtera yang diterajui Mawan dahulu.

Beliau kekal menteri dan tenteranya terus menyandang jawatan di dalam pentadbiran, walaupun bukan ahli BN.

Mereka memberi geran dan projek. Mereka melantik kroni sebagai pemimpin komuniti, ahli majlis dan ahli lembaga syarikat GLC.

Bukan itu sahaja, Mawan turut melantik adiknya yang kurang sihat sebagai Temenggong.

Jadi apapun gelaran yang dihambur ke arahnya, Mawan masih berkuasa.

Perlantikan adiknya ke jawatan tinggi di dalam sistem pentadbiran orang asal menunjukkan kuasa Mawan.

Kini beliau berpandangan BN bakal menerima Teras, bila-bila masa sahaja.

Tetapi beliau perlu sedar, parti komponen mana di dalam BN yang mengubah pendirian mereka tentang Teras, bahawa sebenarnya ia di pihak pembangkang?

Pengerusi BN negeri dan Ketua Menteri Adenan Satem telah melekakan Mawan dan konconya terlalu lama, dan kini mereka di Alam Impian.

Hakikatnya, Teras bukan komponen BN walaupun Mawan dan pengikutnya berfikiran sedemikian.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget