Adakah DAP memberi harapan palsu kepada pengundi kaum Cina?


SEKILAS PANDANG: Pengerusi biro keharmonian agama MCA Ti Lian Ker baru-baru ini menyelar DAP kerana didakwanya tidak bersifat jujur.

Kenyataan Ti, berjudul 'Apa DAP mau?’ bermula dengan beliau bersetuju dengan bekas menteri Zaid Ibrahim, yang minggu lalu mendakwa di dalam blognya bahawa DAP sekadar "berpura-pura memahami orang-orang Melayu secara amnya, dan perlu menyelesaikan semua masalah mereka."

"Sudah tiba masa bagi DAP melihat ke dalam diri, dan tampil bagi menunjukkan kejujuran kepada rakyat," ujar Ti.

Beliau menggariskan empat hujah yang menurutnya, menyokong pandangan bahawa parti sosialis itu hipokrit di dalam mencapai matlamat politiknya.

Hujah pertama di dalam kenyataan tersebut ialah walaupun DAP memperjuang kesamarataan ketika mula-mula ditubuhkan, dan menentang keistimewaan Melayu, Buku Jingga menjelaskan hak istimewa orang Melayu akan dikekalkan.

"Telahkah mereka mengubah pendirian?" soal Ti.

Hujah kedua yang diutarakan Ti ialah DAP berjuang bagi Bahasa Mandarin diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Beliau berkata, "Adakah mereka memberi harapan palsu kepada pengundi Cina atau mereka telah menerima realiti politik hari ini?"

Hujah ketiga menyentuh pendapat wakil rakyat DAP tentang kod etika berpakaian yang dikenakan ketika majlis rasmi.

Ti mendakwa dahulu wakil rakyat DAP enggan memakai songkok ketika sidang dewan undangan negeri, dan menggunakan gambar wakil-wakil rakyat MCA memakai songkok bagi menaikkan kebencian menjelang pilihanraya.

Tetapi, menurut Ti, "Kini pemimpin seperti Ronnie Liu Tian Kiew, Ong Kian Meng dan sebagainya bukan setakat memakai songkok, tetapi sepasang baju Melayu dsb." Beliau seterusnya berkata "...bukankah DAP perlu tampil dan memohon maaf kerana mengekploitasi sentimen perkauman bagi meraih sokongan dan undi?"

Ti turut menyelar pemimpin utama DAP dengan berkata Lim Kit Siang perlu mengenakan baju Melayu bagi menunjukkan beliau telah bertaubat.

Dan akhir sekali, Ti mengkritik sikap hipokrit DAP di dalam isu bahasa, dengan mendakwa DAP baru-baru ini menentang pengajaran matematik dan sains di sekolah menggunakan Bahasa Inggeris.

Ti menpersoal kemasukan sasterawan negara A Samad Said sebagai ahli, yang menurutnya memperjuangkan nilai nasionalis dan Bahasa Melayu, dan samada DAP telah meninggalkan perjuangan agar Bahasa Cina diangkat sebagai bahasa rasmi.

Bagaimanapun kenyataannya tidak berakhir di situ. Ti juga mengulangi sokongan terhadap Zaid dan mengkritik reaksi tidak konsisten DAP terhadap pandangan Zaid.

"Apabila Zaid menyebelahi DAP, beliau dipuji tetapi sedikit kritikan (darinya) akan mencetus kebencian di kalangan pemimpin DAP."

Selain itu, Ti menyasarkan kritikan terhadap amalan perkauman terselindung DAP, walaupun mereka menyerang MCA dengan "menuduh MCA tunduk kepada orang Melayu dan mengenepikan orang Cina."

Kata Ti, negara ini kini semakin tebal sentimen perkauman, selepas DAP berjaya meyakinkan hampir 90% pengundi Cina bahawa mereka dianggap penyelamat politik mereka.

Beliau memberi gambaran bahawa 90% hanya menyokong parti tersebut kerana "bahasa politik berbaur perkauman" dan "harapan palsu yang tidak mampu dilaksanakan".

"DAP bersifat perkauman. Ini tidak dapat dinafikan walaupun ia memaparkan imej berbeza," ujarnya.

Walaupun dakwaan Ti bahawa DAP tidak konsisten ada benarnya, beliau tidak wajar lupa dua perkara.

Pertama, ahli politik yang sanggup berubah pandangan mereka dengan ikhlas adalah lebih dialu-alukan berbanding mereka yang tegas mempertahankan hujahnya.

Kedua, para pengundi cenderung menilai parti atau ahli politik kerana prestasi semasa, berbanding apa yang berlaku di waktu lalu.

Kerana itulah bekas perdana menteri Mahathir Mohamad diterima baik para peserta Bersih 4 di Kuala Lumpur bulan Ogos lepas.

Dan akhir sekali, menilai pada prestasi semasa DAP dan MCA di arena politik, jelas sekali parti mana di landasan yang betul, dan parti mana yang akan binasa.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget