PAS Samariang akan laksana Program Kasih PAS secara besar-besaran


DIBANTU: Skuad Program Kasih PAS Samariang memberi sumbangan dalam bentuk barangan keperluan kepada salah seorang penerima di situ.

KUCHING: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Cawangan Samariang akan melaksanakan Program Kasih PAS dalam skala lebih besar pada masa akan datang.

Ketua Skuad Prihatin PAS, Petra Jaya Farhan Baharudin berkata program itu ketika ini merupakan aktiviti rutin PAS Samariang dengan harapan sumbangan diberikan dapat meringankan beban kumpulan sasaran.

Meneruskan rutin itu baru-baru ini, PAS Samariang memberi sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di Kampung Semerah Padi dan Samariang Lama dekat sini.

“Rata-rata penerima berterima kasih dan amat menghargai sumbangan kami ini walaupun ia tidak seberapa… kebanyakan penerima sumbangan kami adalah nelayan dan buruh kasar,” katanya.

Tambah Farhan lagi, pihaknya berharap menerusi pemberian sumbangan itu, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan lebih peka dengan masalah rakyat.

“PAS Samariang khasnya bercadang menjadikan Program Kasih PAS ini satu kemestian dalam kalendar aktiviti dan dilakukan dalam skala lebih besar membabitkan lebih ramai penerima,” ujarnya.

- Borneo Post Online
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget