Kadar tol naik: Ini gila! – Persatuan Pengguna

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata ia adalah masa yang salah untuk kerajaan membuat keputusan tersebut kerana rakyat Malaysia masih terasa bahang dari peristiwa ekonomi lalu mahupun terkini di samping kenaikan harga barangan keperluan.

KUALA LUMPUR,

“Mereka mungkin gila!”

Itu reaksi serta-merta Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berhubung kenaikan kadar tol yang diumumkan syarikat-syarikat konsesi pada Isnin.

Nadzim yang terkejut dengan pengumuman itu berkata ia adalah masa yang salah untuk kerajaan membuat keputusan tersebut kerana rakyat Malaysia masih terasa bahang dari peristiwa ekonomi lalu mahupun terkini di samping kenaikan harga barangan keperluan.

“Bagaimana kerajaan boleh meluluskan ini? Mereka tidak boleh memikirkan dengan menaikkan harga tol sekarang. Ia adalah masa yang salah dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta penyusutan nilai ringgit. Malah, harga petrol juga naik.

“Ia tidak masuk akal untuk sesiapa sahaja mengambil kesempatan daripada pengguna sekarang,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.


Nadzim berkata pengguna telah lama menderita selama bertahun-tahun dengan membayar tol dan keputusan ini hanya akan memburukkan nama kerajaan sekali gus mengakibatkan kehilangan sokongan pengguna.

Tambahan pula, Nadzim berkata dengan tol yang dikonsesikan, syarikat-syarikat konsesi perlu meminta tempoh lanjutan jika situasinya adalah tidak cukup duit.

“Jika mereka diberi konsesi selama 20 tahun dan situasinya mungkin mereka tidak boleh membayar gaji (pekerja), mintalah tempoh lanjutan. Itu tidak mengapa.

“Saya tidak nampak sebarang sebab untuk membebankan pengguna. Biarlah mereka selesaikan,” katanya.


Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (Fomca) Datuk Dr Marimuthu Nadason
Sementara itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (Fomca) Datuk Dr Marimuthu Nadason berkata dengan kelemahan pengurusan di lebuh raya dan masa tindak balas perlahan ketika kemalangan, tidak ada keperluan untuk kadar tol dinaikkan.

“Itu mesti menjadi kriteria dalam menilai dan kemudian menaik taraf (harga).

“Dengan kenaikan ini, saya melihat dua perkara berlaku. Pertama, semua lori, teksi dan bas akan mengambil kesempatan. Kedua, akan ada tindak balas rantaian.

“Akan ada kenaikan harga tambang dan juga barangan runcit kerana pengangkutan. Masanya tidak sesuai,” katanya kepada The Rakyat Post.

Marimuthu berharap kerajaan akan mengkaji semula keputusan ini kerana rakyat kini sedang menderita.

Sebanyak 12 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa Khamis ini.

Kadar tol baharu itu melibatkan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Kajang-SILK, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), dan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART).

Turut mengumumkan kenaikan kadar tol ialah Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Cheras-Kajang (GRAND SAGA).

Bagaimanapun, PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataan memaklumkan kadar tol di semua lapan lebuh raya kendaliannya akan kekal pada ketika ini.

- The Rakyat Post
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget