‎Hanya bincang gabungan baru, bukan singkir Rafizi


PETALING JAYA - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menafikan khabar angin mengatakan Rafizi Ramli akan disingkirkan daripada jawatan setiausaha agung pada mesyuarat khas badan itu yang berakhir sebentar tadi.

Timbalan Presidennya, Mohamad Azmin Ali berkata, berita yang dilaporkan sebuah portal, semalam hanyalah fitnah semata-mata dan ia tidak disentuh dalam mesyuarat khas parti itu.

"Tidak benar sama sekali, ia fitnah yang dibuat oleh musuh politik kita.

"Ini (mesyuarat) hanya proses perbincangan untuk tambah rakan politik lain dalam Pakatan Harapan (PH) sahaja," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Terdahulu sebuah portal melaporkan bahawa mesyuarat khas MPP hari ini diadakan bagi menentukan nasib Rafizi sebagai setiausaha agung susulan satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini.

Petisyen itu dipercayai sebagai bantahan mereka terhadap pengumuman pembentukan Pakatan Harapan, bulan lalu.

Selain mahu melucutkan jawatan Rafizi sebagai setiausaha agung, mereka juga dikatakan mahu MPP meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan Pas di samping mengekalkan Pakatan Harapan.

25 pemimpin PKR membuat petisyen mendesak MPP mengadakan mesyuarat khas hari ini ekoran pengumuman Wan Azizah mengenai pembentukan Pakatan Harapan selepas persidangan meja bulat parti-parti pembangkang dan NGO tanpa kehadiran Pas, bulan lepas.-Sinar Harian

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget