DAP sasarkan Sibu untuk rampas Bawang Assan dari BN


SEKILAS PANDANG: DAP Sarawak sedang memberikan perhatian penuh kepada Sibu dalam pilihanraya negeri akan datang, kerana masih ada tugas “yang belum selesai” di sana.

Pendek kata urusan itu ialah kerusi negeri Bawang Assan, satu-satunya kerusi di Sibu yang terlepas daripada tangan DAP dalam pilihanraya negeri yang lepas.

Kerusi lain di Bandar Sibu ialah Dudong, Bukit Assek dan Pahlawan.

Walaupun DAP menang di Dudong, Bukit Assek dan Pahlawan dalam pilihanraya negeri lepas, malah memenangi dua buah kerusi parlimen di Lanang dan Sibu dalam PRU 2013, kerusi negeri Bawang Assan pula dimenangi oleh Wong Soon Koh, yang bertanding dan menang menggunakan tiket Sarawak United People’s Party (SUPP).

Kini Wong ialah presiden United People’s Party (UPP), parti serpihan SUPP. Parti itu dibentuk tahun lepas selepas Wong dipecat dari SUPP selepas krisis kepimpinan berpanjangan.

Masih tidak pasti siapa yang akan bertanding di kerusi itu menggunakan tiket BN, kerana SUPP dan UPP masing-masing mendakwa berhak ke atas kerusi itu.

Bagi DAP, tidak penting siapa yang bertanding di kerusi itu menggunakan tiket BN. Bagaimanapun, Wong telah bekerja keras untuk dipilih sebagai calon BN.

Dia menggunakan sebaik mungkin biasiswa bernilai RM30 juta yang dianjurkan oleh partinya. Biasiswa diberikan kepada pelajar Cina dalam kawasan UPP bertanding. Ianya sebahagian strategi untuk memenangi sokongan daripada ibubapa mereka.

Satu lagi peristiwa yang memberikan kelebihan kepada UPP berbanding SUPP ialah sambutan kelahiran gabenor baru-baru ini di Sibu. Wong merupakan pengerusi jawatankuasa sambutan.

Tetapi SUPP tidak akan menyerahkan mana-mana kerusi kepada UPP walau apa pun terjadi. Jadi pastinya ketidakpuasan hati dalam kalangan ahli UPP, sekiranya SUPP bertanding di mana-mana kerusi. Begitu juga, ahli-ahli SUPP pastinya tidak gembira sekiranya UPP bertanding di kerusi itu.

Memandangkan wujud kemungkinan berlakunya kekeruhan politik di Bawang Assan, DAP sedang berada di sana untuk menghabiskan “kerja yang tak selesai” itu.

Parti itu hampir berjaya sewaktu pilihanraya negeri lepas, walaupun menentang gabungan BN-SUPP yang kukuh. Wong, yang bertanding menggunakan tiket BN-SUPP, menewaskan DAP dengan majoriti sikit iaitu 1,808 undi.

BN telah “diselamatkan” oleh 5,000 pengundi Iban, sedangkan BN dan DAP berkongsi undi orang Cina berjumlah lebih 10,000 undi.

“Kami menganjurkan jamuan makan malam Ahad ini di Sibu untuk memulakan kempen kami,” kata pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen.

“Kami memilih Sibu sebagai tempat bermulanya kempen kami kerana kami mempunyai kerja yang tak selesai di sana. Anda tahu maksud kami,” katanya enggan menjelaskan lanjut.

Difahamkan yang wakil negeri Dudong, Yap Hoi Leong dijangka menyelesaikan kerja di Bawang Assan.

Seorang peguam, Yap telah berkhidmat dengan baik di Dudong, fasih berbahasa Iban kerana dia tinggal dalam penempatan masyarakat Iban.

DAP, dikatakan, mahukan dia berpindah ke Bawang Assan untuk menarik pengundi Iban.

Sementara itu, di sebuah sidang akhbar Ahad lepas, Chong yang juga merupakan wakil negeri Kota Sentosa, berkata dia mengharapkan lebih ramai pemimpin pusat dihalang daripada berkempen di Sarawak dalam pilihanraya negeri akan datang.

Setakat ini negeri telah menghalang MP Petaling Jaya Utara Tony Pua dan MP Seputeh Teresa Koh, kedua-duanya dari DAP.

“Sekiranya kerajaan negeri menghalang pemimpin pusat daripada berkempen di negeri dalam pilihanraya negeri, ia akan memberi kesan buruk kepada BN negeri.

“Ia hanya akan membuktikan yang BN negeri sanggup bertindak apa sahaja untuk mengekalkan kekuasaan politik di negeri ini.

“Maklumbalas yang kami terima daripada orang awam ialah mereka berasa jelik, terutama apabila dia (Ketua Menteri Adenan Satem) nampak seperti mudah didekati, peramah dan baik.

“Kini dia nampaknya tiada beza engan Abdul Taib Mahmud (bekas ketua menteri),” kata Chong, yang juga merupakan MP Bandar Kuching.-The Ant Daily

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget