RAMPAS: Lokasi pendaratan terletak di hutan di pedalaman Kabing, Ulu Baram, di mana balak-balak haram tersebut ditemui. |
MIRI: Bahagian Penguatkuasaan Sarawak Forestry Corporation (SFC) berjaya membanteras satu lagi pembalakan haram dan merampas 449 batang balak bermutu tinggi, baru-baru ini.
Operasi itu berakhir pada 13 Oktober lalu, dilakukan jauh di pedalaman Ulu Baram, iaitu di kawasan hutan Kabing, dalam bahagian Miri.
Menurut kenyataan akhbar dikeluar SFC di sini semalam, pegawai membuat rondaan di kawasan hutan itu, terserempak balak dipercayai ditebang secara haram dan sedang dikeluar dari hutan, dekat Kabing, Ulu Baram.
“Sebanyak 449 batang balak dirampas dalam operasi itu, terdiri daripada 240 batang Tapang (koompassia excelsa) dan 209 batang Menggris (koopassia malaccensi) mempunyai jumlah dagangan sebanyak lebih daripada 1,690 meter padu,” demikian menurut kenyataan itu.
Kedua-dua Tapang dan Menggris merupakan spesies pokok dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998.
Sementara itu, pengendali balak gagal mengemuka permit diperlu bagi menuai pokok dan boleh dianggap melanggar Seksyen 30 (2) ordinan tersebut, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu tahun dan denda sebanyak RM10, 000.
SFC memberitahu bahawa laporan polis telah dibuat dan kes itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk siasatan lanjut dan pelupusan.
- Borneo Post Online
Post a Comment