![]() |
SEBAHAGIAN Veteran UMNO Kelantan bersama ahli Mubarak Kelantan membuat bantahan secara aman di Kampung Padang Bongor, Kota Bharu, semalam. BERNAMA |
KOTA BHARU 25 Julai – Veteran UMNO Kelantan dan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) negeri mengadakan bantahan aman di sini sebagai membidas tindakan Sarawak Report, The Wall Street Journal (WSJ) dan The Edge yang menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan.
Pengerusi Veteran UMNO Kelantan, Datuk Mohd. Rozali Isohak berkata, pihaknya mahu kesemua yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang kerana perbuatan menyebar berita palsu itu telah mencemar imej negara.
“Kami yakin mereka berniat untuk memburukkan Perdana Menteri dan juga kerajaan kepemimpinan Barisan Nasional (BN).
“Kami mahu mereka yang terlibat dengan usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berhenti berbuat demikian demi kepentingan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Bantahan Fitnah Media terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.
Yang turut hadir, Setiausaha Mubarak negeri, Tengku Alang Tengku Sulong.
Dalam perhimpunan itu, ahli Veteran UMNO dan Mubarak bertindak membakar salinan laman web Sarawak Report, akhbar WSJ dan The Edge sebagai simbolik bantahan.
Mohd. Rozali menyeru pihak berkuasa supaya menyiasat dan membawa mereka yang cuba melakukan sabotaj sehingga boleh menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara ke muka pengadilan. -Utusan Online.
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.