Tun Taib dan isteri menyerikan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Nancy



KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini semalam.

Ketibaan Tun Taib dan Toh Puan Ragad di majlis itu semalam telah disambut oleh Ahli Parlimen Batang Sadong itu bersama dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan parlimennya iaitu ADUN Simunjan, Datuk Naroden Majais dan ADUN Sadong Jaya, Aidel Lariwoo.

Turut hadir pada majlis yang dibuka kepada orang ramai mulai 10.00 pagi hingga 5.00 petang itu semalam ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Dalam pada itu dianggarkan seramai 3,000 lebih orang tetamu terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama termasuk pengunjung dari dalam dan luar negara turut hadir memeriahkan majlis itu.

Pengunjung dihidangkan dengan pelbagai aneka juadah yang sinonim dengan sambutan Hari Raya seperti sate, rendang ayam, daging, nasi, laksa Sarawak, ais batu kacang (ABC), kek lapis, pelbagai aneka biskut.

Bagi menyerikan lagi suasana majlis, para tetamu dan pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya oleh kumpulan pemuzik yang diundang khas pada hari itu.-Utusan Borneo

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget