Siasatan 1MDB: Seorang lagi direman


Seorang pemilik tunggal sebuah syarikat perdagangan direman selama empat bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Suspek ditahan pada jam 10.45 malam tadi di pejabat SPRM di sini setelah soal siasat dijalankan


PUTRAJAYA 24 Julai - Seorang pemilik tunggal syarikat perdagangan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Suspek berumur 28 tahun itu diberkas pada pukul 10.45 malam tadi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Majistret di sini.

Penangkapan suspek tersebut menjadikan jumlah yang diberkas berhubung kes itu sebanyak tiga orang.

Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka telah dibebaskan pagi tadi dengan ikat jamin sebanyak RM100,000. 

- UTUSAN ONLINE


Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget