Saya lahir dalam keluarga PBB: Aziz DAP



Berikut adalah pengakuan Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak sebagai menjawab tohmahan mengatakan beliau adalah ejen kepada PBB Sarawak:

YA, SAYA CICIT ORANG PBB TAPI SAYA BUKAN EJEN PBB, SAYA EJEN UBAH! (Lihat senarai dibawah)

Antara keluarga saya dalam PBB:

1. YBhg Dato' Ahmad Bin Dato' Seri Ibrahim Bin Mahmud, Ketua PBB Cawangan Batu Kawah (Bapa Saudara)

2. Mahmud Bin Dato' Seri Ibrahim Bin Mahmud, Ketua PBB Cawangan Kota Sentosa (Bapa Saudara)

3. YB Dr Hazland Bin Abang Hipnee, Ketua PBB Cawangan Demak Laut (Sepupu)

4. YB Dato' Seri Mohd Ali Bin Mahmud, Ketua PBB Cawangan Muara Tuang (Datuk Saudara)

5. YB Datuk Norah Bin Tun Abdul Rahman, Penolong Setiausaha Agung PBB (Nenek Saudara)

6. Aziz Adenan Satem (Bapa Saudara)

7. YBhg Datuk Hamid Sepawi (Datuk Saudara)

8. Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub (Moyang Saudara/Adik kepada Moyang saya Allahyarhamah Fatimah Ya'kub)

9. YBhg Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Tun Abdul Taib (Bapa Saudara)
Ada ramai lagi, malas hendak senaraikan.


Hari ini, saya hendak buat satu pengakuan agar ianya jelas dan saya hendak tepiskan segala gosip yang dilemparkan kepada saya selama 2 tahun saya menceburi dunia politik. Ada yang medakwa saya ejen PBB dalam DAP. 

Saya ingin jelaskan di sini, keluarga saya memang ahli PBB tetapi saya bukan seperti mereka. Saya tidak pernah menyertai PKR dan PBB sebab parti pertama saya sertai adalah DAP. 

Ya, saya pernah berkhidmat di Pejabat Pusat Khidmat PBB Demak Laut atas dasar keluarga dan ingin menimba pengalaman dan saya juga pernah menjadi PACA PKR di Satok. 

Dari sekolah menengah hingga dewasa ini, saya memang seorang sosialis demokrat yang tidak akan sehaluan dengan neo-konservatif kapitalis. Orang tanya "Mena kau ada bala ngan sidak tok kah? Kau ejen PBB kah?". 

INI SEMUA KEBETULAN. Ya, saya mengaku saya adalah keluarga si polan bin si polan. Bukan nak cakap saya ini dari keluarga ini tapi saya pening. Perkara sebenar tak dapat disembunyikan lagi.

Hakikatnya, ya, memang mereka keluarga saya. Secara kebetulan, saya tidak minta lahir ke dunia dalam keluarga ini namun Allah s.w.t telah takdirkan saya adalah sebahagian dari keluarga ini. 

DAP mengambil saya sebab bakat bukan kerana susur galur keluarga saya. Mungkin cara saya berfikir ada yang mirip seperti mereka tetapi cara saya bertindak amat berbeza.Saya tidak kaya, bapa saya hidup sederhana. Saya tiada tanah berjuta ekar, saya tiada wang berjuta ringgit dan saya tiada aset di luar negara. Seperti yang kamu lihat, itulah saya.

Maaf jika saya menyembunyikan fakta ini namun saya terpaksa dedahkan sebelum Pilihan Raya Negeri agar tuduhan berhenti di sini. Mereka PBB, saya DAP. Keluarga tetap keluarga, politik tetap politik.

Saya sertai DAP sebab saya percayakan politik kepelbagaian kaum dan saya hendak berusaha naik dalam politik tanpa pengaruh keluarga dalam PBB. Ok, sekarang saya hendak fokus dengan politik, persetankan gosip murahan ini. Jom UBAH!

Sekian.

ABDUL AZIZ ISA
DAP SARAWAK

-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget