S4S cabar PDRM


Gerakan Sarawak For Sarawakians (S4S) mencabar pihak PDRM agar menangkap mereka pada perarakan 22 Julai akan datang di Padang Merdeka Kuching.

Poster seruan tanda berani gerakan S4S ini telah menjadi viral dalam laman sosial menunjukkan bahawa S4S tetap akan meneruskan aktiviti perarakan mereka pada hari tersebut.

Sebelum ini pihak PDRM telah mengeluarkan kenyataan rasmi melarang aktiviti perarakan itu diadakan dan memesan agar orang ramai agar tidak menyertainya.

Menurut pihak penganjur, Peter John Jaban dan Yeu Beng Kang (Beng Kor), dijangka 5,000 orang akan turut serta dalam perarakan pada 22 Julai ini sempena memperingati hari kemerdekaan Sarawak.

Mereka akan berarak dari perkarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menuju ke Padang Merdeka Kuching.

Terdahulu, pihak S4S juga mendesak agar Ketua Polis Sarawak meletak jawatan atas keputusan melarang perarakan ini.-SarawakLIVE

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget