KUCHING: PKR Petrajaya, diketuai Puan Nurhanim Mokhsen telah mengedar 400 bubur lambuk kepada pengunjung bazar ramadhan sekitar Satok dan Kampung Gita' semalam.
Program sempena Ramadhan itu mendapat sambutan baik dan diadakan untuk tujuan merapatkan silaturahim dengan penduduk sekitar kawasan tersebut.
"Ramai datang untuk bertanya khabar Dato' Sri Anwar Ibrahim. Semoga ikatan kami dengan penduduk sekitar sentiasa erat dan semoga doa mereka untuk perjuangan kami dan untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim di makbul Allah", kata Puan Nurhanim selaku Pengerusi Wanita PKR Sarawak.-SarawakLIVE
Post a Comment