Aziz DAP: PAS boleh pinda Hukum Allah?





"Cantik permainan PAS. Pandai mengadu domba yer, syabas Tuan. Syaitan terkurung di neraka. Lain pula syaitan yang terlepas".-Abdul Aziz Isa

DAP Sarawak menyambut baik keputusan PAS untuk 'bercerai' dengan DAP selepas pengumuman rasmi Dewan Ulama PAS Pusat semalam. 

Namun, diatas reaksi beberapa pihak terutamanya dari PAS sendiri, Aziz tampil dengan komen telus.

Abdul Aziz Isa, Setiausaha Publisiti DAP Sarawak menyatakan,"Sekarang, PAS boleh la perjuangkan hudud dengan UMNO. Kami dari DAP hendak fokus isu hakiki rakyat. Isu beras, getah, sawit, pengangkutan, perumahan, pendidikan, lebajikan, kesihatan dan ZAKAT! PAS boleh dengan hudud, hudud dan hudud. Biar rakyat lapar, asalkan PAS laksanakan hudud".

"Kenapa orang PAS marah saya bila saya dedahkan isu zakat dan tidak perjuangkan hukum hudud? Kenapa orang PAS begitu dengki dengan saya? Sedangkan saya fokus isu zakat tiba-tiba kena marah oleh orang PAS. Saya pun belajar agama tapi tak menunjuk-nunjuk macam sesetengah orang. Solat itu wajib dan keutamaan, hukum hudud itu wajib tetapi bukan keutamaan. Kamu berbuka puasa dengan juadah makanan, bukan hukum hudud. Isu hakiki rakyat kamu senyap, isu hudud kamu bising!",katanya lagi.

Menurut Aziz, PAS sibuk nak laksanakan hukum hudud sedangkan mereka tidak terfikir apa perasaan orang Islam jika orang Kristian nak laksanakan hukum Kristian, orang Yahudi laksanakan hukum Yahudi.

"Jadi, kita jangan bersikap penting diri. Jangan ingat agama Islam sahaja yang wujud di dunia ini, agama lain pun ada. Saya tak faham kenapa PAS taksub dengan hukum hudud. Bila saya bersuara hal zakat, sibuk pula orang PAS dari Semenanjung serang saya isu zakat"' tambah Aziz.

Aziz menyatakan bahawa DAP sibuk hal pendidikan dan kesihatan, walhal PAS sibuk dengan hukum hudud dan mempersoal kebenaran adakah ianya hudud Islam atau hudud PAS yang boleh dipinda-pinda; sama seperti meminda Hukum Allah.

"Tiba-tiba ramai hendak jadi 'ulama' bila bab hudud. Tapi kalau bab pendidikan percuma, kesihatan percuma, peluang pekerjaan, GST, 1MDB, tiba-tiba 'ulama' ini jadi senyap", kata bakal calon DAP Sarawak itu.

"Saya pun hairan. Tidak setuju dengan hudud terus dicop sesat sedangkan di Turki, Mesir, Iraq, Palestin, Tunisia, Algeria, Indonesia, majoriti Islam tapi tidak pula melaksanakan hudud, kenapa golongan 'ulama' ini tak cop mereka sesat tetapi saya dicop sesat?"' Aziz mempersoal reaksi PAS terhadap polisi DAP yang menolak Hudud sekerasnya.

"Mudah sungguh menghukum orang, ibarat Islam itu milik 'ulama' kecil ini dan seolah-olah Islam itu bukan milik Allah bila mereka berkata-kata. Ini memang ada DNA PAS dalam badan.Kenapa bila bab isu hakiki, 'ulama' kecil ini membisu?", ujar beliau.

"Jangan dengar dakyah dari penyokong PAS bahawa saya akan jadi Menteri Agama Sarawak jika DAP memerintah. Stop talking nonsense. Kamu ahli DAP? Pernah hadiri mesyuarat DAP? Ada minit mesyuarat mengatakan saya diberi jawatan Menteri Agama? Mana kamu dengar 'gossip' ini? DAP Sarawak tidak pernah membincangkan komposisi kabinet negeri. Kami fokus untuk menang dan hantar lebih ramai wakil rakyat di DUN Sarawak. Menang dulu, baru bincang tentang kabinet. Kami bukan macam parti lain, menang belum tapi terus berangan. Come one la, don't go for such cheap publicity."

"Kami hendak fokus isu rakyat, isu hakiki dan isu nyata, bukannya penuh dengan dongeng. Jangan buat cerita. Pakai kopiah tapi menjaja cerita yang tidak wujud. Saya ingat kamu sudah berhenti, nampak gayanya kamu masih meneruskan provokasi terhadap saya. Pening dengan orang berkopiah tersebut", tambah Aziz.

- SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget