FORUM AWAM BERKAITAN KEMERDEKAAN SARAWAK PADA 22 JULAI



KUCHING: Satu forum awam berkaitan kemerdekaan Sarawak 722 akan diadakan pada Rabu ini di Hotel Telang Usang di sini.
Fasilitator forum Lina Soo pada sidang media berkata, forum awam itu akan bermula jam 7 malam, 22 Julai.
“Forum ini adalah salah satu program 722 di seluruh Sarawak sempena memperingati kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963,” kata-nya.
Sementara itu, aktivis demokrasi dan hak asasi manusia, Panglima Peter John Jaban berkata, forum tersebut akan menampilkan tiga penceramah selain beliau sendiri, bekas diplomat Datuk John Tenewi Nuek, bekas ahli yang berhormat Patrick Anek Uren dan aktivis politik Abdul Aziz Isa.
Menurutnya, tiga perkara penting berkaitan kesejahteraan warga Sarawak iaitu hak, maruah dan bangsa akan diketengahkan pada forum itu nanti.
“Mengenai hak warga Sara-wak, kita meminta agar kerajaan persekutuan menegakkan semula Perjanjian 1963 kerana perjanjian tersebut tidak lagi diambil kira sejak 50 tahun yang lalu.
“Forum itu juga akan membincangkan tentang maruah anak Sarawak terutamanya masyarakat Dayak yang tergolong dalam perkataan ‘Lain-lain.’
“Kita bukan lain-lain dan meminta kerajaan persekutuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kita bangsa Dayak dalam setiap borang kerajaan,” kata Peter.
Sehubungan itu, Peter dan Lina menjemput semua orang yang mengambil berat tentang kedudukan diri sebagai warga negeri ini dan tinggal di sekitar Kuching untuk datang ke forum ini nanti. -Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget