DAP SERTAI PERHIMPUNAN, PERARAKAN KEMERDEKAAN SARAWAK ESOK: CHONG



KUCHING: Satu perhimpunan dan perarakan luar biasa bakal disaksikan pada 22 Julai di bandar raya ini apabila Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri akan turut mengambil bahagian dalam gerakan sempena tarikh sebenar kemerdekaan Sarawak itu.
Selain DAP Negeri, turut menganjurkan acara tersebut ialah jawatankuasa Hari Kebangsaan dan Kebebasan Sarawak 722 dengan di-sertai gerakan Sarawak for Sarawakians (S4S).
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, pihaknya akan berkumpul di hadapan Hotel Hilton pada jam 8 pagi sebelum memulakan perarakan menuju ke padang Song Kheng Hai.
“Kami melihat ini sebagai sebuah gerakan rakyat di mana ia membantu untuk meningkatkan kesedaran politik rakyat Sarawak dan mempertahankan kepen-tingan Sarawak selain memerangi ketidakdilan serta dasar yang tidak adil daripada kerajaan,” kata-nya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini, semalam.
Chong menambah pihak-nya juga akan berarak me-lalui laluan pejalan kaki, justeru tidak akan menjejaskan lalu lintas.
Pada masa sama, beliau berkata mereka juga tidak akan membawa atau menggunakan logo parti.
“Ini adalah gerakan rakyat maka kami tidak akan menggunakan logo parti. Kami akan memakai baju berwarna merah atau hitam tanpa logo parti,” katanya.
Berkenaan acara kerajaan negeri pada hari tersebut, Chong berkata pihaknya tidak akan menghadiri majlis khas di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem itu.
“Kami telah memutuskan bahawa kami lebih suka berada bersama-sama rakyat dan bukannya para menteri atau pegawai tertinggi kerajaan negeri,” katanya.
Dalam pada itu, Chong berkata akan turut membentangkan usul kepada kerajaan negeri untuk me-luluskan tindakan referendum bagi Sarawak sempena persidangan DUN sehari pada 17 Ogos nanti.
“Tindakan referendum adalah satu proses di mana ia tidak boleh menjadi tujuan utama atau agenda.
“Kita mesti mempu-nyai tindakan referendum untuk sesuatu dan ia tidak berhenti di situ… ia adalah satu proses.
“Itulah sebabnya kami kami rasa boleh saling melengkapi antara satu sama lain dengan gerakan S4S,” katanya. -Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget