PEDAS NAFI DAKWAAN SABOTAJ PERHIMPUNAN, PERARAKAN S4S




MIRI: Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) semalam menafikan dakwaan mereka melakukan sabotaj terhadap perhimpunan dan perarakan sempena Hari Kemerderkaan Sarawak Ke-52, anjuran Sarawak for Sarawakians (S4S) bagi peringkat Bahagian Miri Ahad lalu.
Presidennya, Kapten Collin Imran kesal dengan dakwaan tersebut berkata persatuan itu tidak terbabit sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dan tiada kaitan sambutan tidak menggalakkan pada perhimpunan S4S itu.
“Sambutan kurang menggalakkan pada perhimpunan tersebut mungkin disebabkan faktor-faktor lain dan bukan disebabkan oleh PEDAS.
“Persatuan ini tidak pernah berniat mengkhianati atau melakukan sabotaj terhadap perhimpunan mahupun perarakan seumpama itu. Jadi berhenti menyalahkan PEDAS berhubung isu tersebut,” tegas Collin.
Beliau memberitahu demikian ketika diminta meng-ulas mengenai dakwaan yang dibangkitkan segelintir ahli-ahli pergerakan S4S yang menganjurkan acara tersebut kononnya PEDAS bertanggungjawab terhadap penyertaan yang dingin dan kurang sambutan semasa perhimpunan itu.
Katanya, PEDAS dipersalahkan kerana tidak membenarkan ahli-ahlinya meng-ambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan tersebut sehingga menyebabkan jumlah penyertaan agak dingin tidak seperti dijangka-kan.
Sebelum perhimpunan ter-sebut, Collin mengeluarkan kenyataan rasmi kepada semua ketua cawangan PEDAS seluruh negeri berhubung keputusan mereka tidak terlibat dalam perhimpunan S4S itu, sebaliknya menumpukan kepada fokus berkaitan dengan masyarakat Dayak di negeri ini.
“Kita mahu memberi se-penuhnya komitmen kepada usaha-usaha membantu masyarakat Dayak, khususnya  memerlukan dan menyelesaikan masalah mereka. Ia adalah keutamaan kami berbanding isu-isu lain,” tambahnya.
Menurut Collin, PEDAS tidak akan menghalang jika ada ahli-ahlinya yang mahu mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut atas kerelaan atau kemahuan mereka sendiri tetapi bukan menggunakan nama persatuan.
Perarakan dan perhimpunan Hari Kemerdekaan Sarawak Ke-52 bagi peringkat Bahagian Miri berlangsung di Padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) pada pagi Ahad lalu dianjurkan S4S bagi memperingati kemerderkaan dan kebebasan negeri ini daripada penjajahan British, pada 22 Julai 1963 iaitu beberapa bulan sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September tahun sama.
Seramai 500 orang terdiri ahli-ahli dan penyokong S4S mengambil bahagian dalam perhimpunan dan perarakan itu yang juga bagi menuntut hak-hak autonomi Sarawak dikembalikan kepada negeri ini oleh Kerajaan Pusat, sebagaimana pernah diminta Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Adenan Satem sempena meraikan sambutan perayaan Hari Gawai Dayak di Kuching bulan lalu. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget