Chong: Polis tidak wajar siasat penganjur S4S



KUCHING: Polis tidak sewajarnya melakukan siasatan ke atas penganjur perhimpunan Sarawak for Sarawakians (S4S), kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen.

Tegas beliau, polis hanya boleh mengambil tindakan ke atas gerakan berkenaan jika ia berkaitan jenayah.

“Jika polis mahu siasat maka ia mesti ada jenayah dahulu. Jika tiada jenayah, kenapa mereka hendak menyiasat.

“Melainkan kalau polis mengatakan S4S adalah jenayah tetapi saya tidak berasakan begitu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Selain itu, Chong yang juga pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri berkata tindakan polis itu adalah tidak wajar kerana semangat gerakan berkenaan juga diterima oleh kerajaan negeri dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Jika ia adalah jenayah, maka Adenan telah menerima jenayah tetapi ini tetap bukan jenayah dan tiada apa yang perlu polis siasat,” katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada polis agar menumpukan pada tugas untuk memerangi jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman semalam dilapor me-nyatakan bahawa polis akan menyoal siasat penganjur perhimpunan S4S yang menarik kehadiran lebih 5,000 orang di Padang Ragbi Song Kheng Hai di sini, kelmarin.

Katanya, gerakan tersebut telah menimbulkan kebimbangan kerana ia bukan badan yang berdaftar.

Tambah beliau, polis turut memantau aktiviti dan mesej mereka untuk mendapatkan motif sebenar.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget