'Siapa menentang Tun M pengecut', kata Mat Sabu


IPOH - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan mana-mana pihak yang menentang Tun Mahathir Mohamad sebagai pengecut.

Menurutnya, tiada sebarang kepentingan menentang Mahathir kerana negarawan itu bukan individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini.

"Kalau kita terus hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan bahkan kita lebih teruk daripada pondan.

"Dan konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa. Bukan lawan orang pencen," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Malam Solidariti Mat Sabu di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi, di sini, semalam.

Mohamad berkata, meskipun Mahathir dikaitkan dengan beberapa isu salah laku ketika mengetuai pentadbiran negara namun bukan tanggungjawab pihaknya untuk mendakwa mantan Perdana Menteri itu.

"Kalau Mahathir jahat, Mahathir zalim, Mahathir mencuri, pemerintahlah yang kena dakwa Mahathir. Kita ada kuasa apa? Kita sendiri pun tiap-tiap tahun kena dakwa," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerjasama yang dijalinkan dengan Mahathir serta beberapa tokoh pimpinan BN dalam Deklarasi Rakyat bertujuan untuk menukar kepimpinan negara.

"Kita bersama mereka semuanya semata-mata untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN," katanya.

Katanya, beliau optimis perkara itu dapat direalisasikan sekiranya semua pihak komited dan fokus terhadap perjuangan.

"Dalam perjuangan kita, kita mungkin tidak tahu dimana penamatnya tetapi yang penting kita terus berjuang untuk mencapai matlamat itu," katanya.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget