Pembangkang 'curi' populariti Adenan


Propaganda yang cuba dimainkan oleh kebanyakan parti pembangkang di Sarawak hari ini sudah memasuki episod baru. Jika sebelum ini mereka begitu giat menyebarkan pelbagai cerita fitnah terhadap kerajaan negeri dan pusat, kali ini mereka menyebarkan risalah kononnya tiada apa beza rakyat mengundi calon mereka atas alasan mereka juga mewakili kerajaan negeri.

Dalam beberapa risalah yang berjaya ditemui, mereka giat menyebarkan gambar pemimpin mereka bergambar mesra dengan Ketua Menteri, Tan Sri Haji Adenan Satem, sambil mendakwa, hasil dari perbincangan mereka lah banyak permintaan dari negeri Sarawak dipenuhi oleh kerajaan pusat.

Mereka juga mendakwa, tidak salah untuk rakyat Sarawak mengundi mereka kerana, mereka juga boleh menjalankan tanggungjawab mereka dan bekerjasama dengan Tan Sri Haji Adenan.

Benar, Tan Sri Haji Adenan sentiasa membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk melontarkan idea demi kebaikan negeri Sarawak. Namun, itu bukan bermakna hasil desakan dari pembangkanglah kerajaan negeri mampu mendapat apa yang dinikmati hari ini. Dalam kata mudahnya, pembangkang akan tetap menjadi pembangkang.

Apa yang dinikmati oleh kerajaan negeri hari ini adalah hasil daripada pemuafakatan kesemua pemimpin utama parti politik Barisan Nasional yang memikirkan kebaikan rakyat negeri Sarawak. Tidak terhad disitu sahaja, visi jangka panjang Tan Sri Haji Adenan juga telah menyumbang kepada beberapa permintaan yang tertangguh sebelum ini, akhirnya terlaksana.

Jadi tidak benarlah andai pembangkang di negeri ini khususnya DAP dan PKR mendakwa, tidak salah mengundi mereka. Jika tanpa sebuah kerajaan yang kuat, masakan mungkin bantuan dan pembangunan dapat disalurkan kepada penduduk Sarawak, apatah lagi penduduk pendalaman Sarawak.

Chong Chien Jen sendiri sebagai wakil rakyat Kota Sentosa tidak menunjukkan muka sewaktu kawasannya dilanda banjir baru-baru ini. Bagaimana pula beliau boleh berkata, mereka adalah pejuang sebenar rakyat? Dalam banyak isu, Chong lebih berminat untuk bersama-sama DAP pusat dalam menghentam kerajaan pusat, bukan membela nasib penduduk yang beliau wakili.

Inilah yang membezakan antara kerajaan yang ikhlas membantu rakyat Sarawak berbanding mereka yang hanya tahu mengambil kesempatan demi meluaskan kuasa yang mereka ada. Dakyah dan propaganda sebegini seharusnya tidak dipercayai oleh rakyat kerana sejak sekian lama, PBB dan BN sahaja yang bertindak memperjuangkan nasib rakyat.-Sarawakiana

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget