BERSIH jelajah negara demokrasikan ‘Deklarasi Rakyat'


Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah hari ini mengumumkan rancangan untuk menganjurkan mesyuarat ‘town hall’ di seluruh negara dan mengumpul pandangan orang ramai mengenai agenda reformasi institusi yang berterusan.

Dalam tulisan di Facebook, Maria berkata, adalah penting bagi rakyat untuk terlibat dalam proses untuk mendemokrasikan Deklarasi Rakyat yang dimeterai pada Jumaat lalu.

"Ia bukan mengenai (Dr) Mahathir (Mohamad), pembangkang atau saya, ia berhubung cara membawa negara kita ke hadapan.

"Jangan kita letakkan semua telur dalam 'bakul parti politik’ sahaja tetapi letakkannya di ‘bakul kuasa rakyat’. Lagipun kita menjayakan BERSIH 4 dan ia mengenai agenda pembaharuan institusi negara ini," katanya.

Maria bersama dengan pemimpin masyarakat sivil yang lain menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dikritik kerana didakwa mengkhianati kepercayaan penyokong mereka dengan bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu.

Dokumen asal deklrasi itu dibuat oleh Mahathir tetapi pengisytiharan 37 perenggan itu juga mendapat input daripada masyarakat sivil dan pemimpin Pakatan Harapan.

"Pada BERSIH 4, kita menuntut kerajaan sementara untuk membawa pembaharuan dan diikuti oleh kemudiannya dengan pilihan raya semula yang demokrasi untuk memilih wakil yang bertanggungjawab.

"Mari kita teruskan dengan desakan ini," kata Maria.

- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget