'Adenan Mohon Maaf Kepada Masyarakat Iban'


KUCHING:  Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem hari ini memohon maaf kepada masyarakat Iban dengan gurauan beliau berkenaan dengan "Bini Iban" yang telah dinyatakan pada ucapannya dalam Majlis Pelancaran Minda di Tebingan Sungai Kuching Sabtu lepas.

Beliau menganggap ia hanya sebagai gurauan semata-mata dan tidak bermaksud sama sekali untuk menyinggung perasaan kaum dan masyarakat Iban yang lain.

Adenan menganggap sesetengah masyarakat sudah salah tafsir mengenai gurauan tersebut. 

"Jika masyarakat salah anggap dengan gurauan saya itu, saya dengan ikhlas hati mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dan terasa hati.

"Saya berharap ianya sampai di sini sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan satu sidang media di Wisma Bapa di sini, pagi tadi.-SarawakLive

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget