Umno main isu perkauman elak jawab derma politik, 1MDB


Umno sengaja memainkan isu perkauman kerana mahu mengelak menjawab isu wang derma RM2.6 bilion dan skandal menyelubungi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, yang usaha DAP meletakkan lebih ramai calon Melayu tidak akan mengubah hakikat yang ia sebuah parti berasaskan kaum Cina.

"Kami terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Kami cuba membanteras racun dari Barisan Nasional (BN) dan Umno yang mengatakan kami anti Melayu dan anti Islam.

"Kami hanya anti rasuah tetapi mereka (Umno-BN) cuba memainkan isu perkauman agar mereka tidak perlu menjelaskan mengenai skandal dana RM2.6 bilion dan skandal 1MDB," katanya kepada pemberita selepas melancarkan trak Impian Sarawak di Sunway Pyramid, Subang Jaya, hari ini.

- The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget