Seminar Tun Razak: Kupas siapa PM kedua


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucaptama pada seminar peringatan khas mengenai Tun Abdul Razak.

Acara itu yang berlangsung Khamis ini bertema 'Legasi Kepimpinan". Seminar itu dianjurkan oleh Yayasan Cemerlang dan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), dengan sokongan Universiti Tun Abdul Razak.

Dalam kenyataan bersama hari ini, ia berkata penperamah terdiri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Hanif Omar, Tun Abdullah Ayub, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Leo Moggie dan Tan Sri Michael Chen.

Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Tan Sri Michael Yeoh berkata, seminar itu akan memberi manfaat kepada generasi muda negara yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Perdana Menteri Kedua Malaysia itu, dan bagaimana legasi beliau dapat membantu memajukan negara.

"Penganjur berharap dapat memanfaatkan kepimpinan Tun Abdul Razak untuk merencanakan masa depan Malaysia Kontemporari dan membantu menangani cabaran politik, ekonomi dan sosial," katanya. 

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget