"Buat Dua Kerja, Memalukan Negara" – kata Zuraida

Melakukan dua kerja bagi menambah sumber pendapatan adalah tidak logik dan memalukan negara, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Beliau dipetik laman Keadilan Daily menyelar cadangan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan yang mencadangkan agar rakyat negera ini berusaha menambah sumber pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang kian meningkat dengan melakukan lebih dari satu kerja.

Zuraida dalam satu kenyatan berkata, Ahmad Maslan dan kerajaan BN tidak melihat penderitaan yang dialami rakyat.

“Cadangan yang dibuat Ahmad Maslan memalukan negara,” katanya

“Sedangkan objektif negara adalah untuk mencapai status negara maju pada 2020,” Zuraida dipetik sebagai berkata.

Berikutan cadangan tersebut Ahmad Maslan bukan sahaja dicemuh oleh pemimpin politik, malah kalangan rakyat biasa turut memaki hamun beliau sambil menyifatkan cadangannya sebagai bukti kerajaan BN tidak prihatian masalah rakyat.

Menurut mereka, kerajaan yang sepatutnya mengurangkan kesukaran dan penderitaan rakyat, bukan membuat cadangan yang bodoh seperti itu. – Sarawak Live
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget