Saya bukan tali barut Anwar, kata editor Sarawak Report

Ketua Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menafikan menjadi tali barut kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berikutan dakwaan yang disiarkan di laman web Open Source Investigation (OSI) yang mendakwa Rewcastle-Brown mempunyai hubungan rapat dengan Anwar.

"Saya seorang wartawan dan telah mendapatkan akses kepada Anwar dan ahli politik lain. Saya juga berkempen menentang rasuah dan pencabulan hak asasi manusia di Malaysia, di mana beliau telah menjadi mangsa...

"Jika maksud anda adakah saya menerima wang daripada sumber-sumber pembangkang di Malaysia, jawapannya adalah tidak," Rewcastle-Brown kepada Malaysiakini dalam reaksinya terhadap dakwaan tersebut.

Dalam satu emel, dia mendakwa OSI sebagai sebuah alat propaganda, yang menurutnya menggunakan bahan dari laman web lain untuk memburuk-burukkannya dan beberapa orang yang lain, tanpa disokong oleh bukti dan sebahagian besarnya tidak benar.

Clare berkata, mereka yang di sebalik laman web itu nampaknya telah mendapat akses kepada emel dari komputer yang digodam yang berlaku sekitar tahun 2011, serta mesej WhatsApp dari Xavier Justo.

Bahan-bahan ini, katanya, telah dipotong dan ditampal sejak bertahun-tahun untuk menggambarkan dirinya tidak baik dan berbeza sama sekali daripada perbualan sebenar yang berlaku.

Dalam posting OSI pada 5 Januari, laman web itu mendakwa, menggunakan' 'screenshot' dua dakwaan emel di mana Clare dilihat bertindak seolah-olah dia adalah seorang pegawai akhbar kepada Anwar.

Dalam emel bertarikh 5 Sepember 2012, Anwar merujuk kepada Clare sebagai "penasihat media saya", walaupun dilihat secara berseloroh, kerana ini diikuti dengan "haha".

Kandungan selebihnya emel yang didakwa itu, adalah kandungan yang di 'forward', di mana Rewcastle-Brown dikatakan memberitahu seorang wartawan Daily Mail di United Kingdom bahawa Anwar telah menghubunginya untuk menyediakan satu kenyataan mengenai lawatan Putera William dan isterinya Catherine Middleton.

Dalam emel kedua bertarikh 12 Disember 2012, Clare dikatakan bertanya sama ada dia harus menyiarkan sebuah artikel, tetapi Anwar memintanya supaya tidak berbuat demikian, dan Clare mematuhinya.- Malaysiakini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget