Chong label BN Sarawak sebagai rasis


KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen melabel Barisan Nasional (BN) Sarawak sebagai rasis yang memainkan sentimen ‘parti tempatan lawan parti nasional’ dengan membuat komen stereotaip.

Chong mendakwa, BN negeri sering membuat kenyataan berunsur stereotaip seperti memainkan sentimen kenegerian yang jelas bersifat perkauman.

“Mereka (BN) tidak melihat dasar parti, tetapi sebaliknya membuat pertimbangan berdasarkan dari mana mereka (parti nasional) datang,” kata Chong pada sidang media di ibu pejabat DAP, semalam.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa mendakwa, penilaian secara streotaip berdasarkan asal parti adalah zalim tanpa melihat dari segi meritnya.

“Hanya kerana parti adalah dari Semenanjung tidak bermakna bahawa dasar mereka adalah tidak baik untuk Sarawak. Ini adalah sentimen yang dimainkan oleh kerajaan BN negeri,” katanya.

Beliau juga mendakwa, dasar tanah dan hutan telah disalah guna oleh kerajaan BN menyebabkan kesusahan kepada Bumiputera terutama masyarakat Dayak.

Malah, dakwa Chong, kebanyakan tanah mereka dijual kepada syarikat-syarikat perladangan dan mata pencarian mereka terjejas akibat aktiviti pembalakan.

“Semua ini dilakukan oleh kerajaan BN kerana dasar tanah dan kayu berada di bawah kuasa mutlak kerajaan negeri.

“Ia seperti melihat kepada warna kulit seseorang dan bukannya melihat kebolehan mereka,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget