Laporan 1MDB mungkin tidak dibentang Mac


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memberi gambaran bahawa pihaknya tidak dapat menyiapkan laporan berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum Mac.

Pengerusi PAC, Datuk Hassan Ariffin berkata, perkara itu disebabkan pihaknya terpaksa memanggil semula bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.

"Banyak lagi perkara kita perlu teliti secara mendalam sebelum kita kemukakan laporan. Saya sangkan hari ini boleh habiskan prosiding.

"Tetapi masih ada perkara perlu diteliti ( termasuk)dengan memanggil semula Shahrol dan Tan Sri Bakke," katanya dalam sidang media di bangunan sementara Parlimen, hari ini.

Ditanya kenapa dua individu itu perlu dipanggil lagi, Hassan berkata, terdapat beberapa maklumat yang masih belum diperoleh.

- Sinar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget