Sarawak Report menipu laporan 37 syor SPRM dakwa Perdana Menteri


Portal berita Sarawak Report terus menipu dengan laporan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan 37 dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Portal tersebut mendakwa syor dakwaan berasingan dikemukakan SPRM terhadap Najib membabitkan kes SRC International.

Bagaimanapun, SPRM dalam kenyataan lewat petang tadi menafikan laporan berkenaan dan menegaskan bahawa ia adalah tidak benar.

Dalam masa sama, SPRM mengesahkan menerima kertas siasatan yang dikembalikan Jabatan Peguam Negara kepada agensi penguatkuasa itu berhubung siasatan terhadap SRC dan dana RM2.6 bilion.

“SPRM mengambil maklum arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang dikemukakan SPRM sebelum ini.

“Respons SPRM kepada permintaan Jabatan Peguam Negara akan dikemukakan dalam waktu terdekat,” ujar kenyataan tersebut.

Petang tadi, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kenyataannya berkata, pihaknya menuntut penjelasan lanjut daripada SPRM selepas meneliti kertas siasatan yang diserahkan kepada Peguam Negara, dua minggu lalu.

“Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, jabatan ini pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan pihak SPRM,” kata kenyataan Jabatan Peguam Negara.

Jabatan itu juga mengarahkan agar kertas-kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat.

Pada 31 Disember, SPRM berkata ia sudah menghantar kertas siasatan itu kepada peguam negara selepas mengambil keterangan hampir 100 individu termasuk penderma RM2.6 bilion.

SPRM bertanggungjawab menyiasat dana RM4 bilion daripada SRC.-BNBBC

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget